Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih
yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan
kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan
kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam
cinta ada satu bahagian yang kosong berarti cinta itu berkurang. Apabila
Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan
mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang
hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka
cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan
orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam
Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan
membenci kerana Allah s.w.t.” Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il
bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah,
Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di
dunia.” Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu? Banyak mengingati pada
yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu
mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa
mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah
s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan
sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.: “Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka
hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah
(dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
[Al-Anfaal:45] Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan mendahulukannya
daripada kepentingan diri sendiri. Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada
tiga macam: 1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang
dicintainya. 2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya. 3.
Orang yang berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang
merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari
setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman Allah
s.w.t.: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [A’li Imran:31]
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Akan timbul di
akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka
menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing
(berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan
percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada
mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani
berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu
fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim
(cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)”
[Riwayat At-Tirmidzi] Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada
orang-orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di
tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah
akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang
baik. Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab
orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-oeang
perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka
(orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat
seksa. “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka
janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa
keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan
beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan
hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana
terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya”(
Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan ) Mencintai
tempat dan rumah sang kekasih. Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang
menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan
Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan
meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan
perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun
akan terasa ringan dan menyenangkan. Bukannya seperti kebanyakan daripada
manusia zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya
mereka cintai. Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Hampir
tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni
kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.
Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari
itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu
umpama nuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu
dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit
“wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi
s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud] Mencintai apa
yang dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. serta
mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. “Wahai orang-orang yang beriman! masuklah
kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata” [Al-Baqarah:208] Berkorban untuk mendapatkan
keredhaan sang kekasih Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia
mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi
orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya serta
sekelian manusia” [Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad]
Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup
berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang
kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih
belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang
paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi
cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.:
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka
sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang
mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam
Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali
kalau kamu berbuat baik[1201] kepada saudara-saudaramu (seagama). adalah yang
demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)” [1200] Maksudnya:
orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka
sendiri dalam segala urusan. [1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini
ialah berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. [Al-Ahzab:6] Cemburu
kepada yang dicintai. Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa
cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan
diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi
mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta
kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.: ”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di
antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap
lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap
orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada
celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada
siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui” [Al-Maaidah:54] Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan
dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. ”Hai nabi, bertakwalah kepada
Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang
munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan
ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan
cukuplah Allah sebagai Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3] ”Dan diantara manusia ada
orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang
beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang
berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari
kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat
berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)” [106] yang dimaksud dengan orang
yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah.
[Al-Baqarah:165] “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada
hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan –
tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah”
[Al-Maaidah:50] “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya)” [Al-Baqarah:188] Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku
mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang
pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit
umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1)
terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6)
hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]
HAKIKAT CINTA MENURUT ISLAM
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
0 komentar:
Posting Komentar